Friday, 7 September 2012

CAMERON HIGHLANDS

Bila sebut Cameron Highlands, sudah tentu anda terbayang cuacanya yang dingin, tempat-tempat yang menarik terutama pemandangan di ladang-ladang teh. Ia menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan asing kerana ianya satu-satunya kawasan tanah tinggi yang mempunyai suasana alam semulajadi dan kepelbagaian fauna.  Antara tempat-tempat menarik yang terdapat di Cameron Highlands adalah......

                                                            A)  Ladang Teh Boh




B)  Ladang Strawberry



C)  Cactus Valley (Lembah Kaktus)




D)  Ladang Lebah ( Bee Farm ) dan Taman Rama-rama




E)  Rose Center (Pusat Bunga Ros)





GUNUNG KINABALU

Gunung Kinabalu merupakan salah satu tempat yang menarik yang terdapat di Malaysia.  Gunung Kinabalu terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Bornea yang ketinggiannya mencecah 4,095 dari aras laut.  Dimana Gunung Kinabalu merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.  Malah Gunung Kinabalu juga merupakan gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.




Keadaan Gunung di waktu pagi.......



Keadaan gunung di waktu senja............






AIR TERJUN SEKAYU

Tempat menarik kali ini adalah kawasan air terjun.  Salah satu tempat menarik di Terengganu yang harus anda kunjungi bagi menikmati keindahan alam semulajadi ialah KAWASAN AIR TERJUN SEKAYU.  Dimana tempat ini terletak 56km selatan-barat KUALA TERENGGANU, berdekatan KUALA BERANG.  Kawasan ini agak luas dan mempunyai rangkaian air terjun yang agak jauh ke dalam, berdekatan dengan lereng gunung.  Di mana air terjun utama terletak 15 minit dari pintu masuk.  





Perjalanan seterusnya mengambil masa 20 minit untuk sampai ke tingkat air terjun yang lebih menarik.






Sunday, 2 September 2012

PULAU TIOMAN

Tempat menarik kali ini ialah Pulau Tioman.. kenapa Pulau Tioman yer??? huhu..
Pulau Tioman yang terletak di antara sempadan Pahang dan Johor tersenarai sebagai salah sebuah pulau yang tercantik didunia.  Perairannya yang bersih dan belum dicemari menjadikan Pulau Tioman sebagai pilihan utama pada mereka yang gemarkan aktiviti menyelam seperti "Scuba Diving" dan "Snorkeling". Apa yang menarik dan menjadikan pulau ini unik adalah kejernihan airnya yang bewarna kehijauan tidak seperti laut lain yang lebih kebiruan.


Selain itu... dengan permandangannya yang pantai yang menarik,telah menjadi tarikan pelancong untuk datang ke Pulau tioman ini.






Saturday, 1 September 2012

BUKIT FRASER

Bukit Fraser merupakan salah satu tempat menarik yang terdapat di negeri Pahang.  Ia menjadi tempat tumpuan para penggemar ALAM SEMULAJADI kerana hutan di sini mengandungi pelbagai jenis tumbuhan,   burung dan spesies haiwan.  Dipercayai di Bukit Fraser terdapat lebih 250 spesies burung dengan pelbagai warna yang mengeluarkan bunyi menarik.
Ni salah satu daripada 250 spesies burung.. 
"SELAMAT DATANG KE BUKIT FRASER"

Bagi pencinta Alam, anda pasti terpesona dengan kepelbagaian flora dan fauna apatah lagi suhu sekitar 20 hingga 23 darjah celcius menjadikan denai di Bukit Fraser popular di kalangan penggemar aktiviti lasak.  
Jika dilihat kawasan pekannya kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik.  BUKIT FRASER mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser. Jadi tidak hairanlah jika anda ke sana anda akan dapati banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British.  

Suasana di waktu pagi yang dingin



 kelihatan beberapa orang pengunjung yang sedang mengambil gambar burung-burung di situ..
Suasana di Pekan Fraser pada waktu petang..