Sunday 16 September 2012

BuKit MeRaH

Anda semua tercari-cari tempat yg menarik untuk dilawati???
dekat sini, kami ingin mencadangkan agar anda melawat Bukit Merah Laketown Resort...
Mesti anda tidak akan berasa rugi jika meluangkan masa di sini...:)

ini dia peta lokasi Bukit Merah Laketown Resort...
anda boleh jadi kan nya sebagai rujukan..


Untuk pengetahuan semua, dekat Bukit Merah Laketown Resort ni, ade Theme Park..
Dimana Theme Park ni terbagi kepada tiga tempat...
Anda boleh melawat Orang Utan Island, WaterPark dan juga EcoPark..
ketiga-tiga tmpat ni sangat menarik...

manja kan anak orang utan ni...

Orang Utan...jangan lepaskan peluang untuk melihatnya sendiri!!!


waterpark!!!!nampak seronok kan...

Antara haiwan yang ada dekat Eco Park...

Cute kan!!!

Jika anda semua nak bermalam dekat sini, ada 3 buah tempat yg anda boleh kunjungi
iaitu Kampung Air, Laketown Hotel dan Suria Service Apartment Hotel...
kemudahan yg disediakan adalah sangat selesa...
sesuai untuk seisi keluarga ataupun dengan rakan-rakan..

Orang Utan lagi....

 Cantik kan pemandangan dekat sini...


Ok, last sekali kalau anda semua ingin tahu lebih lanjut ataupun nak buat tempahan dekat Bukit Merah Laketown Resort. boleh lah bukak link ni...


Saturday 15 September 2012

gEnTing HigHLanD

Genting Highland.....apa yg anda fikir??
Mesti anda semua terbayangkan suasana tempat yang sejuk dan dingin..
betul tak!!!


Pemandangan di Genting Highland!!!


Pemandangan keseluruhan dari atas... Best kan!!

Kalau anda nak pergi Genting Highland, boleh la pilih sama ada naik cable car ataupun kereta..
tapi rasenya naik cable car lgi syok n seronok!!
dpt tgk pemandangan hutan tropika dri atas..
sangat mengujakan...:)



cable car!!!
ni la cable car..
untuk sesiapa yg tidak pernah naik,
anda kena rasa pngalaman naik cable car
sangat seronok!


Kawasan percutian ini  terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. First World Hotel  mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini, mengatasi  MGM Grand Las Vegas..
First World Hotel..
Sesiapa yg ingin menginap di Genting, anda boleh menginap di sini!!!
dijamin anda akan berasa selesa..

Bagi sesiapa yg suka kan aktiviti permainan, dekat Genting terdapat taman tema dimana terdiri
daripada indoor and outdoor
sekiranya anda lebih suka kan aktiviti lasak, outdoor mesti akan menjadi pilihan anda..
Roller Coaster!!!
Mesti anda akan terjerit-jerit...
Eye of Genting!!!
Ada yg teringin nak terbang??
kalau nak, anda boleh naik Flying Coaster..
Boleh jadi seperti burung or kapal terbang...
Go kart..
kat sini, anda boleh berlumba dgn kwn2 anda..
msti fun..
Menara Eiffel pun ade kat Genting!!!!
Wah!!!!
Bestkan...The spinner!!
Seronok kan!!!
ok, bagi sesiapa yg stress anda boleh la bercuti di Genting Highland..
bersama family or rakan2 anda!!
mesti sgala masalah ataupun stress anda dpt dilupakan!!!
Genting Highland sangat sesuai untuk anda!!!

Thursday 13 September 2012

TAIPING BANDAR WARISAN.....

Hai....kawan2!! hari ini kita bakal melawat tempat menarik yang seterusnya iaitu di Taiping Bandar Warisan.....





ini adalah taman tasik taiping...korang penah pergi tak??? hehe...best tau kat sini...macam2 ada. Siap boleh main kayuh itik lagi...hehehe




Ok...sekarang dekat sini kita boleh melawat Muzium Taiping. Muzium ni merupakan Muzium yang Pertama di Malaysia...Rugi tau kalau korang tak datang sini..... Korang nak tahu tak...dekat sini sesuaila untuk korang yang berminat dengan sejarah untuk menyelongkar dengan lebih mendalam mengenai sejarah di Taiping. 




Emmm.....bagi menenangkan fikiran korang yang mana tengah tension tu...ktaorang cadangkan untuk pergi ke Hutan Paya Bakau di Matang..





Haaaa..........ini pulak adalah ZooTaiping & Night Safari Taiping yang juga pertama di Malaysia...macam2 binatang yang boleh korang semua tengok kat sini..





Seterusnya..ialah Bukit Larut atau lebih dikenali sebagai Maxwell Hill...Dari atas korang boleh tengok seluruh Taiping dan cantik sangat pemandangan kat situ...kat atas bukit ni berangin tau macam dekat Genting Highland hehe...

Harap korang enjoy!!! Jangan lupa tau datang Taiping...macam2 ada............






 

AIR TERJUN TEMURUN

Air Terjun Temurun terletak di Kompartmen 8, Hutan Simpan Machinchang, kira-kira 20 km dari Pekan Kuah Langkawi.  Malah, Taman Rekreasi ini dihubunhi oleh jalan raya menuju ke Teluk Datai.  Selain itu, terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan di kawasan ini seperti temak, rotan, meranti jerit dan melunak.

                                                                              



Terdapat beberapa ciri istimewa iaitu Sungai Temurun yang mempunyai air terjun menarik dengan ketinggian 30 meter.






Monday 10 September 2012

TAMAN REKREASI GUNUNG LANG

Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara Selatan. Gunung Lang berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi yang terdiri daripada hamparan bukit batu kapur dan tasik yang menjadi daya tarikan utama pengunjung dari dalam mahu pun luar negeri. Daya tarikan utama taman ini ialah hamparan bukit batu kapur dan tasik yang belum diterokai. 

Seperti yang tidak di jangka-jangka, di sebalik kesibukan kota bandaraya Ipoh, terdapat sebuah tasik yang sangat menanjubkan, subhanallah! serius sungguh owesome! 
Dua minggu lalu admin balik ke rumah, dan perjalanan pulang ke tempat pengajian, tiba-tiba kereta jammed.  Kebetulan pula di kawasan taman rekreasi tersebut, kemudian seorang kawan ajak pergi taman tersebut.  Paling kelakar sekali apabila orang perak sendiri pun tak tahu ada taman rekreasi di belakang bukit tersebut.

Pemandangan indah di Taman Reakrasi Gunung Lang
Air terjun nih kadang-kadang boleh off sendiri..admin teruja..menarik!
             


Tasiknya pula dipenuhi pelbagai jenis ikan selain daripada haiwan reptilia seperti cicak dan ular. Sempat jugalah admin menaiki bot keseberang untuk melihat hidupan di seberang tasik berkenaan.  Bukit di taman tersebut dihiasi dengan flora dan fauna semulajadi dan sekali sekala pada waktu petang pengunjung boleh melihat monyet, burung dan sekiranya bernasib baik boleh terserempak dengan burung helang. Apa yang menarik, tumbuhan seperti orkid dan pokok buah-buahan tempatan telah dilabel mengikut nama masing-masing.  Ikan-ikan di tasik sangat-sangat besar berikutan pengunjung yang datang seringkali memberi makan kepada ikan-ikan disitu.  


Saturday 8 September 2012

PULAU REDANG

Tempat menarik kali ini ialah Pulau Redang.  Pulau Redang merupakan salah satu pulau yang terletak di perairan Laut China Selatan dan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia.  Pulau ini juga merupakan tapak PEMULIHARAAN PENYU.  Yang paling menarik di sekeliling perairan Pulau Redang terdapat dua buah bangkai kapal bersejerah iaitu H.M.S PUTERA WALES dan H.M.S REPULSE yang telah ditenggelami disini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi penduduk Jepun di Tanah Melayu.  Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.







                                         Pemandangan di dasar laut!!!!!!!!!!






PULAU PANGKOR

Kali ini tempat menarik yang menjadi pilihan kami adalah di utara Malaysia iaitu PULAU PANGKOR di PERAK.  Pulau Pangkor yang terletak di Perak merupakan antara tempat menarik yang menjadi pilihan ramai kerana tarikannya yang tersendiri. Keindahan pantai berserta pemandangan yang menarik menjadi faktor utama yang menarik pengunjung ke Pulau Pangkor. Bagi memudahkan serta memberi keselesaan kepada pengunjung, pelbagai kemudahan disediakan di sana. Tempat bersejarah yang terdapat di Pulau tersebut menambahkan lagi tarikan yang sedia ada.




Di sana, wujud sebuah kota lama yang yang dinamakan Kota Belanda di Teluk Gedung. Kota tersebut berusia 330 tahun dan dibina pada tahun 1670 oleh orang belanda yang pada masa tersebut berfungsi sebagai kubu pertahanan daripada serangan musuh mereka. Di atas Batu Bersurat yang juga merupakan peninggalan orang Belanda terdapat lukisan yang bermaksud seorang anak daripada pembesar Belanda telah dilarikan oleh seekor harimau.