Monday 10 September 2012

TAMAN REKREASI GUNUNG LANG

Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara Selatan. Gunung Lang berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi yang terdiri daripada hamparan bukit batu kapur dan tasik yang menjadi daya tarikan utama pengunjung dari dalam mahu pun luar negeri. Daya tarikan utama taman ini ialah hamparan bukit batu kapur dan tasik yang belum diterokai. 

Seperti yang tidak di jangka-jangka, di sebalik kesibukan kota bandaraya Ipoh, terdapat sebuah tasik yang sangat menanjubkan, subhanallah! serius sungguh owesome! 
Dua minggu lalu admin balik ke rumah, dan perjalanan pulang ke tempat pengajian, tiba-tiba kereta jammed.  Kebetulan pula di kawasan taman rekreasi tersebut, kemudian seorang kawan ajak pergi taman tersebut.  Paling kelakar sekali apabila orang perak sendiri pun tak tahu ada taman rekreasi di belakang bukit tersebut.

Pemandangan indah di Taman Reakrasi Gunung Lang
Air terjun nih kadang-kadang boleh off sendiri..admin teruja..menarik!
             


Tasiknya pula dipenuhi pelbagai jenis ikan selain daripada haiwan reptilia seperti cicak dan ular. Sempat jugalah admin menaiki bot keseberang untuk melihat hidupan di seberang tasik berkenaan.  Bukit di taman tersebut dihiasi dengan flora dan fauna semulajadi dan sekali sekala pada waktu petang pengunjung boleh melihat monyet, burung dan sekiranya bernasib baik boleh terserempak dengan burung helang. Apa yang menarik, tumbuhan seperti orkid dan pokok buah-buahan tempatan telah dilabel mengikut nama masing-masing.  Ikan-ikan di tasik sangat-sangat besar berikutan pengunjung yang datang seringkali memberi makan kepada ikan-ikan disitu.  


1 comment:

  1. tahniah.. info yang cukup berguna dan penerangan yang jelas serta padat buat mereka-mereka yang gemar melancong..

    ReplyDelete