Saturday 1 September 2012

BUKIT FRASER

Bukit Fraser merupakan salah satu tempat menarik yang terdapat di negeri Pahang.  Ia menjadi tempat tumpuan para penggemar ALAM SEMULAJADI kerana hutan di sini mengandungi pelbagai jenis tumbuhan,   burung dan spesies haiwan.  Dipercayai di Bukit Fraser terdapat lebih 250 spesies burung dengan pelbagai warna yang mengeluarkan bunyi menarik.
Ni salah satu daripada 250 spesies burung.. 
"SELAMAT DATANG KE BUKIT FRASER"

Bagi pencinta Alam, anda pasti terpesona dengan kepelbagaian flora dan fauna apatah lagi suhu sekitar 20 hingga 23 darjah celcius menjadikan denai di Bukit Fraser popular di kalangan penggemar aktiviti lasak.  
Jika dilihat kawasan pekannya kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik.  BUKIT FRASER mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser. Jadi tidak hairanlah jika anda ke sana anda akan dapati banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British.  

Suasana di waktu pagi yang dingin



 kelihatan beberapa orang pengunjung yang sedang mengambil gambar burung-burung di situ..
Suasana di Pekan Fraser pada waktu petang..

No comments:

Post a Comment