Saturday 8 September 2012
PULAU PANGKOR
Kali ini tempat menarik yang menjadi pilihan kami adalah di utara Malaysia iaitu PULAU PANGKOR di PERAK. Pulau Pangkor yang terletak di Perak merupakan antara tempat menarik yang menjadi pilihan ramai kerana tarikannya yang tersendiri. Keindahan pantai berserta pemandangan yang menarik menjadi faktor utama yang menarik pengunjung ke Pulau Pangkor. Bagi memudahkan serta memberi keselesaan kepada pengunjung, pelbagai kemudahan disediakan di sana. Tempat bersejarah yang terdapat di Pulau tersebut menambahkan lagi tarikan yang sedia ada.
Di sana, wujud sebuah kota lama yang yang dinamakan Kota Belanda di Teluk Gedung. Kota tersebut berusia 330 tahun dan dibina pada tahun 1670 oleh orang belanda yang pada masa tersebut berfungsi sebagai kubu pertahanan daripada serangan musuh mereka. Di atas Batu Bersurat yang juga merupakan peninggalan orang Belanda terdapat lukisan yang bermaksud seorang anak daripada pembesar Belanda telah dilarikan oleh seekor harimau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment