Tempat menarik kali ini adalah kawasan air terjun. Salah satu tempat menarik di Terengganu yang harus anda kunjungi bagi menikmati keindahan alam semulajadi ialah KAWASAN AIR TERJUN SEKAYU. Dimana tempat ini terletak 56km selatan-barat KUALA TERENGGANU, berdekatan KUALA BERANG. Kawasan ini agak luas dan mempunyai rangkaian air terjun yang agak jauh ke dalam, berdekatan dengan lereng gunung. Di mana air terjun utama terletak 15 minit dari pintu masuk.
Perjalanan seterusnya mengambil masa 20 minit untuk sampai ke tingkat air terjun yang lebih menarik.
No comments:
Post a Comment